Khamis, 19 September 2013

terlintas

kadang-kadang apa yang difikir kan sungguh rumit untuk ditafsirkan,hari ni penat jugak aku berfikir apa yang sebenarnya dengan rentak kehidupan seperti ini.Masalah berganti masalah,mungkin bagi aku itu hanya corak-corak kehidupan yang perlu aku hadapi walaupun kadang kala ia amat menyakitkan.Tidak semua apa yang kita lakukan itu betul dan tidak juga semua yg kita buat tu salah.Iri hati,terasa hati,buruk sangka akan aku cuba lemparkan sejauh mungkin agar aku tidak dibelengu masalah yang aku cipta kan sendiri.Pergi sejauh manapun tidak semestinya aku membawa diri tapi mencari-cari apa yang ada pada diri.Mungkin luahan yang aku cuba pamerkan ini akan dipandang sinis tapi ini lah yang aku berfikir.Berfikir tanpa berhenti.Berhenti bila....................................................(aku masih berfikir lagi tidak pasti apa isi kandungannya)

t.e.m.a.n


Teman hanya sementara
duka dan lara kisarkan kehidupan kita
gembira dan tawa dikongsi bersama

kadang-kadang ada yang buruk prasangsaka
tapi itu hanya asam garam menghiasi cerita kehidupan kita
teman berjabat tangan pasti perpisahan menemui kita
walaupun hanya sedikit guris dihati pasti juga berlinang air mata
seerat mana kita berteman terlerai ikatan juga

namun 
kenangan sampai bila-bila tidak akan lupa
kerana tiada mereka tiada corak kehidupan kita
derita itu bahagia bersama

Rabu, 18 September 2013

m.i.m.p.i

kaki melangkah beribu-ribu kilometer
akan tetapi masih di tempat yang sama
bila setempat tapi nun jauh disana melayang
apakah?
akal fikiran?
pandang ke belakang tidak beerti mengundur
melihat sesuatu sebagai pengajaran untuk di hadapan
tidak akan berulang!!
terbaring tapi setinggi awan terbang perginya
hendak kemana?
eh gelap....
rupanya mimpi di siang hari
lesu membayangi perit bertalu-talu
sabar?
siapa yang tidak sabar,orang gila pun tetiba boleh sabar,apetah yang waras?
lalu bawa diri jauh dari lara-lara
sampai bila?
ini hanya seketika duka untuk bahagia
-nur

warkah buat bakal imam ku

Andai aku adalah tulang rusukmu yang telah hilang
Aku berharap
Jika nanti Allah mempertemukan kita
Kau akan selalu membimbingku
Agar aku menjadi wanita yang solehah
Yang nantinya akan menjadi bidadarimu di syurga
Kerana aku ingin kita akan disatukan di dunia dan akhirat
.
Andai kau ditakdirkan untuk menjadi ayah buat anakku
Jadilah ayah yang boleh mendidik anak kita
Agar mereka nanti menjadi anak kebanggaan buat kita di dunia dan akhirat
Iaitu anak yang soleh dan solehah
Yang dapat menjunjung tinggi Agama Allah
.
Andai engkau ditakdirkan untukku
Ku harap kau boleh menjadi imam buatku dan anakku
Kau boleh menjadi pemimpin yang baik dalam rumah tangga kita
Kau boleh mencintai aku apa adanya
Dan boleh mengurus kekuranganku dengan penuh kebijaksanaan
.
Dan andai aku salah
Tegurlah aku dengan kata-katamu yang penuh dengan kelembutan dan kebijaksanaan
Andai aku marah
Belailah rambutku dengan penuh kasih sayangmu
Agar marahku boleh berubah menjadi kelembutan
Andai aku lupa
Ingatkanlah aku dengan penuh kasih sayang
Agar nanti kau tetap menjadi suri tauladan bagiku dan anak kita
.
Kerana….

Aku hanya mengharapkan imam yang baik dalam rumah tanggaku
Yang  selalu dapat membawa aku ke jalan yang diredhaiNya
Jalan yang menuju syurgaNya bersama dirimu
Buat bakal imam Ku

T E R F I K I R

kadang-kadang kita penat terkejar-kejar dengan permainan dunia sehingga kita lalai tanggungjawab sebenar 
dalam kita tidak sedar senyuman itu penawar duka tapi kita buta 
melilau mencari jawapan sebenar padahal ada dihadapan kita
wahai dendam..jangan lah sesekali bertapak dalam hati fikiran minda ku!
sematkan kasih sayang yang belum tentu orang lain dapat rasai........

-nur

Blacy Smiley - Haha Bucktooth