Khamis, 13 November 2014

Aku & Kawan

 

Taraaaaa!!!! Sapew kenal orang sebelah aku ni cepat bagitau!! Haha
Aku pun rasanya tak kenal tapi buat-buat kenal je lah 
Rasa tak dia ni kawan? Rasa rasa lahhhh
Aku pun pelik kekadang 
Pergi memana org tanya 'kembar ke?'
Penat nak jawab dah so ia kan jelah 
Dia ni kan dah berpisah pon still datang balik 'tak paham aku'
Macam ada magnet gitu 
Nk tau rahsia tak jangan bagitau dia yg 'aku dulu mase dia tade aku selalu kutuk2 dia sumpah seranah bagai'
Hish kesian kan dia 
Tapi i'm sorry la macam habit plak buruk tol habit aku cis!
Aku ni yang banyak tengok cite indon yang Dunia Khayalan Dunia Impian tapi dia ni yang lebih3 dok lam dunia aku tengok kat tb tu haha a.k.a KUAT BERANGAN
Sekarang dah masuk 2 tahun setengah kenal so tahun depan kene celebrate la cukup 3tahun 
Hish menyesal lah kenal dia !!
Korang apa tau hahahah
Menyesal tu tak bererti kita membenci tapi memberi satu kehidupan yang tak pernah kita nk lalui 

Jumaat, 18 April 2014

R O S E itu D I A

hadirnya bagaikan bunga ros indah
bagaimana ingin aku katakan?
yang terdetik dihatiku itu lah penyeri aku
wangian semerbak harum
tetapi penuh berduri
menyakitkan tapi penuh rasa kecintaan
adakah ia akan layu?
layu
gugur
pergi meninggalkan aku
yang masih memerlukan itu
adakah itu ros aku?
hadirnya kamu membuka pintu hati aku
mengajarkan aku segala kepahitan yang terpendam menjadi madu yang paling manis didunia
mungkin aku seorang yang mudah mendekati seseorang
tetapi ini suatu perasaan yang amat berbeza yang tidak mudah untuk aku ungkapkan
datangnya tiba-tiba
adakah perginya tiba-tiba?
apakah ini semua?
perjalanan hidup mencari sesuatu
yang tidak pernah aku temui
hanya harapan demi harapan yang hadir
mungkin aku juga bertepuk sebelah tangan
tanpa aku sedari itu aku yang lakukan
bagaimana untuk aku lepaskan sesuatu yang lalu?
yang telah lama sebati dalam diri aku?
di anggap cinta tapi rasa nya tepu?
cinta yang tidak mampu dibawa kemana-mana
andai kamu juga punya rasa cinta
cinta kamu ingi ke syurga
pimpin lah aku bersama kamu
aku rela mendampingi kamu
meninggalkan yang lalu
andai diberi peluang
akan aku sambut cinta kamu
tetapi ini juga ilusi
ilusi aku sendiri
mungkin aku hanya bermimpi
ini hanya mimpi
mimpi....
mimpi......
-nur
Blacy Smiley - Haha Bucktooth